Ibadah Haji dan Umrah adalah merupakan suatu ibadah yang sangat besar dan menjadi rukun kesempurnaan Islamnya seseorang itu. Sungguh pun demikian ramai dikalangan umat islam yang menganggap bahawa ibadah ini boleh ditangguhkan sehingga usia pencen . Pelbagai alasan diberikan antara lain:-
1.Tidak mendapat ingatan,dorongan, motivasi dan galakan dari sesiapa
untuk melaksanakan ibadah ini
2.Banyak tanggungan dan tanggungjawab yang belum diselesaikan.
Beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk
memikirkannya
3.Tiada kewangan yang mencukupi
untuk melaksanakan ibadah ini
2.Banyak tanggungan dan tanggungjawab yang belum diselesaikan.
Beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk
memikirkannya
3.Tiada kewangan yang mencukupi
Justeru kami, di Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) mengambil peranan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk sama-sama ingat-memperingatkan tentang kepentingan mendahulukan ibadah ini daripada urusan dunia yang lain dalam konsep Silaturrahim, Berjamaah & Khusu’ (SBK).
LATARBELAKANG SYARIKAT
Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) ditubuhkan dibawah Agensi Pelancongan MARLI (Mutawwif Academy Resources Leisure International) khusus untuk menjadi satu platform latihan bagi melahirkan seramai mungkin professional Islam yang berkerjaya sebagai Wakil, Konsultan dan Mutawwif Haji dan Umrah, dalam masa yang sama menjadikan ianya suatu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami. AMTC diterajui oleh professional Islam yang berwibawa serta berpengalaman lebih darpada 15 tahun dalam bidang pengurusan Umrah dan Haji.
ASAS
1. Al-Quran
Firman Allah dalam Sural Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Bertolong tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”
2. Maksud Hadis
“Sesungguhnya Allah sentiasa member pertolongan kepada hambanya selagi mana hamba itu melindungi dan membantu saudaranya yang lain”
MOTTO
”Solusi Menuju Baitullah”